Narciso Ramos

Narciso Rueca Ramos (11 November 1900 - 3 Februari 1986) ialah seorang wartawan, peguam, ahli politik dan diplomat Filipina.[3] Anaknya, Fidel Ramos, ialah bekas Presiden Filipina. Dari 1965 hingga 1968, Ramos menjadi Menteri Luar Negeri dalam pemerintahan Ferdinand Marcos.Dalam kapasiti sebagai Menteri Luar Negeri, pada 8 Ogos 1967 beliau menghadiri pertemuan di Bangkok yang juga dihadiri oleh 4 menteri luar negeri lain: Adam Malik (Indonesia), S. Rajaratnam (Singapura), Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Thanat Khoman (Thailand). Pada hari itu Ramos dan keempat menteri luar negeri lainnya menandatangani deklarasi penubuhan ASEAN. Beliau menjadi orang pertama yang memberikan sambutan dalam acara deklarasi tersebut. Beliau mengatakan bahawa perundingan yang telah dilakukan benar-benar menuntut niat baik, imaginasi, kesabaran dan saling memahami di antara kelima menteri luar negeri yang hadir.

Narciso Ramos

Lahir Narciso Rueca Ramos
(1900-11-11)11 November 1900
Asingan, Pangasinan, Kepulauan Filipina
Tempat persemadian Manila Memorial Park, Parañaque, Manila, Filipina[1][2]
Pekerjaan wartawan, peguam, diplomat, duta
Dikenali kerana Jun, N.R.
Didahului oleh Juan Millian
Kerakyatan Filipina
Pasangan Angela Valdez (1926–1978, kematiannya)
Alfonsita Lucero (kematiannya)
Digantikan oleh jawatan digugurkan
Parti politik Parti Liberal
Anak-anak Fidel V. Ramos
Leticia Ramos-Shahani
Gloria Ramos-Rodda
Meninggal dunia 3 Februari 1986(1986-02-03) (umur 85)
Manila, Filipina
Presiden Ferdinand Marcos